Selamat Datang Ke Blog Zoncapriku ,ONe LiFe..InFiNate Living ..... Terima kasih Datang lagi

Pages

27 August 2011

Zon-Aidilfitri 1432H

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua member diluar sana (cam ramai jer,haha). Aku menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf, seandainya kata2 kat dalam blog ini ada mengguris hati sanubari mana2 pihak. Semoga korang semua Happy beraya bersama keluarga dan teman2 tersayang.

NotaKaki: Tak mampu nak letak gambar sendiri nak buat poster raya cam Angloko dan Loqman..hehe

23 August 2011

Zon-Berbuka Puasa

Macam-macam ada..
Colek ada..ABC ada..somtang ada..martabak ada..

Semalam aku, Falynee dan Aliashim pergi berbuka puasa kat Terengganu Equestrian Resort (TER). Hanya bayar RM23 seorang dan makan secara buffet. Kami sangat2 berpuas hati sebab makanan kat situ sangat banyak tuk dipilih dan sedap. Semua aku ambik,walaupun kami hanya bertiga tapi penuh satu meja,haha. So sapa2 yang belum mencuba lagi tu, sila la pergi tempah.

NotaKaki: Hostel dah makin sunyi coz dah ada student yang mula balik kampung.

22 August 2011

Zon-Dugaan lagi

Dicedok dari Mr.google

Kusangkakan panas sampai ke petang..rupa2nya SALJI di tengah hari..Bengang, x puas hati,kecewa,putus asa,pasrah,redha...semua tu aku harus tanggung buat masa ni..terasa ingin berhenti belajar jer...kalo sebut jer sal DUIT,KEWANGAN,PITIH..sure aku la yang akan diberi dugaan, dari master sampai la PhD..kenapa AKU erk???Kenapa??kenapa??..Terasa ingin give up di sini saja..

NotaKaki: Ko x terlibat langsung pun tp kenapa ko nak MENYIBUK!

18 August 2011

Zon-Fiesta Kemerdekaan

Fuhhh akhirnya habis gak program Fiesta Kemerdekaan IV yg dianjurkan oleh Majlis Kolej Kediaman UMT.Selaku Felo pemantau untuk program ni, aku sgt2 berpuas hati dgn team AJK yg dibentuk,diorang sgt2 committed dgn kerja yg diberikan..dalam mggu ni mmg agak kepenatan,tido tu mg sah2 la xcukup n pada bulan ramadhan plak tu,tapi xpe asalkan program yg dirancang berjalan ngn lancar. Seriously aku sgt nerves coz ni program pertama aku sebagai Felo pemantau..Walaupun pada awalnya program ni bnyk masalah tp Alhamdulillah berkat kesungguhan dan komitmen yg diberikan akhirnya program Fiesta Kemerdekaan IV UMT berjalan dgn lancar. Fiesta Kemerdekaan kali ini agak berlainan dari yg sebelum2nya coz pada kali ini kami melibatkan komuniti2 luar seperti penduduk2 kampung , sekolah menengah dan rendah sekitar UMT. Antara program yg kami buat adalah konvoi motosikal dan basikal,pertandingn congkak,pertandingn mncipta bendera,pertndingn mewarna(sekolah rendah) dan pertandingn Kuiz(sekolah menengah). Jangkaan awal kami,program ni xler gempak sgt coz dgn bajet ciput yg kami dapat, tp pada hari kejadian(17.8.2011) tiba2 ianya menjadi gempak terutamanya di bahagian konvoi motosikal. Terima kasih kepada semua AJK dan Felo2 yg terlibat dlm mnjayakn program ni. Terima kasih gak kepada RTM dan beberapa wartawan akhbar yg lain kerana sudi hadir,mmg kami xsangka diorg akan dtg ke program ni...sila tgk sini..

Sesi mngecat banner..

Penyerahan bendera kepada penghulu kampung

NotaKaki: Kejap je masa berlalu...dah Ramadhan ke 18..

04 August 2011

Zon-Kucing dan Solat

Bukan kucing sebenar..ambik kat google jer..

Apa la kaitan kucing dan Solat ni erk??? ntah apa2 jer tajuk N3..hahha...mlm tadi aku g solat tarawih kat tempat biasa yakni kat surau kolej kediaman UMT..so nak dijadikan cerita,time solat isyak berjemaah tadi..masuk la si ibu kucing sambil mendokong (korang bayang la sendiri camner ibu kucing bawa anak cmner,hehe) babynya....ibu kucing tu letak la anaknya kat blakang almari..so seterusnya ibu kucing tu g ambik la anak2nya yg lain plak...semasa proses dukung mendukung tu, ibu kucing melalui celah2 saf kitaorg sembahyang...so tiba sesi mendukung anaknya yg ketiga(sempat lagi bilang..nampak sgt x khusyuk,ahhaha) kami berada diantara dua sujud..so 4sure la ibu kucing tu tersekat xleh nak lalu...so ibu kucing tu tinggal je anaknya yg ketiga kat dlm saf tu..so time kitaorg dah bangun dari sujud, ibu kucing tu g la tgk anak2nya yg dah berjaya dia letak blakang almari...time2 tu gak le anak ketiganya menangis (menangis ker????) bagai nak pecah surau..kuat tul suaranya...so ibunya td bergegas la plak dtg tuk dukung (klakar la plak istilah ni..hehe)...so dlm perjalanan ke tempat anak ke-3 td tu kami dah nak sujud tuk rakaat terakhir...so ibu kucing td tu terperangkap la skali lg dlm saf kitaorg...nak dijadikan cerita klakar, si ibu kucing tu plak sempat parking bawah kaki jemaah tepi aku tu...so apa lg budak tu sujud la sambil kucing tu duk bwh kainnya....ibu kucing tu plak dgn slamber kuar dari belakang...adegan tu menyebabkn khusyuk aku terganggu n nak tergelak..tapi boleh lg aku tahan....so time nak duk antara dua sujud tiba2 ceritan anak kucing yg sgt dahsyat!kuat n penuh kesakitan!..rupanya2 ada jemaah lain duduk atas anak kucing ketiga td...time tu aku dh xbleh tahan..nak tergelak dah...time imam bg salam yg pertama semua yg berada di kanan aku dah tergelak sakan diikuti oleh aku(tapi aku sempat la bg salam yg pertama,hahhaa)..mmg riuh la kejap surau tu...aku dah la felo asrama...abis tercalar maruah aku coz tergelak time solat bersama pelajar...hahaha...felo ngn pelajar diploma sama naik jer...adoiiiiiii...nasib baik la anak kucing tu x mengalami kecederaan...hehe..

NotaKaki: Bersiap2 nak g sahur jap lg ni...cam malas jer ni...